Advance Joint Health

By | 13/06/2014
JOINT HEALTH TABLET


Salam ceria buat semua.Lama sudah tak sempat nak update blog. Saya kongsikan dahulu info2 berkaitan produk kegemaran ramai Advance Joint Health Tablet.. Biasanya saya sebut nama pendek produk ni AJT je..sbb nama panjang sangat… tapi. bukan AJL ye.. AJL tu anugerah Juara Lagu…. Teman pengganti lagu terbaikkk dan faveret ramai…. opps.. topik lari.. okey dah2 jom baca soal jwb berkaitan yg saya rasa ramai org tak tahu…
Pilihan ramai……Advanced Joint Health Tablet…


Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A. Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan.
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

_________

OSTEOARTHRITIS






Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).


Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.


Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:





Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen


Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.


Kaedah 3 : Mengekalkan sel Tulang yang Silat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.  Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Sendi yang sihat :
tulang rawan,:
  • Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi
  • Membenarkan tulang-tulang untuk geluncuran atas satu sama lain
Bendalir Sinovia:
  • Sebagai pelincir dalam sendi
  • Memberi khasiat kepada tulang rawan
Komponen lain:
  • Tendon → struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
  • Ligamen → serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama

JHT3


Sendi yang tak sihat:
Arthritis:
Rheumatoid arthritis(RA)
  • keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif,menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
  • minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu pengidap RA
Osteoarthritis(OA)
  • kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain.
  • Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.
Seliuh
  • kecederaan pada sekitar ligament satu sendi.
  • bila ligament diunjurkan terlalu jauh atau koyak,sendi menjadi sakit dan bengkak.
Tendinitis
  • keradangan,kegatalan &bengkak pada tendon.
  • tendon hilang keanjalan akibat kecederaan,penggunaan berlebihan atau penuaan.

JHT4


Simptom-simptom sendi yang tidak sihat:
  • ketegangan
  • lenguh
  • Bengkak
  • kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising
  • Tulang-tulang hilang kalsium & lain-lain mineral
  • Penurunan Kepadatan tulang
  • Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat.
  • Sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula gosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.


JHT2

CARA bagi melegakan sakit sendi dengan cara:
Ubat atau Suntikan
  • Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa sahaja
  • Merosakkan organ-organ dalaman
Pembedahan
  • Mahal
  • Pergerakan terhad
Nutrien Untuk sendi yang sihat:
Glukosamina
Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia
Vitamin C 
Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit RA & sendi yang radang.
Omega 
Sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi
  • Melambatkan degradasi tulang rawan
  • Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit
Kalsium & mineral
Penting dalam membina sel tulang yang sihat

Shaklee Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
JHT6

Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Kekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. 
Elakkan ketidakselesaan sendiri menghalang anda daripada bergerak aktif dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.
hanya dibuat dari tumbuhan semulajadi 100%

Kenapa harus AJHT Tidak Ubat Lutut Yang Lain?
Bebas Kondroitin
  • TIDAK MENGANDUNGI  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap

Bebas Dadah Terlarang seperti Steroid
  • Sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan
  • Bebas dari sebarang unsur dadah seperti steroid seperti kebanyakan ubat lutut murah di pasaran.
  • Mempunyai sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sijil KKM Shaklee

Perbezaan bahan-bahan yang tekandung di dalam JHT dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.
JHT mengandungi bahan-bahan (dibawah), manakala kebanyakan jenama-jenama lain hanya bebas kondroitin sahaja..
  1. Extrak Boswellia
  2. Bebas Kondroitin
  3. Formula sayur-sayuran
  4. Vitamin C
  5. Zink,tembaga & mangan

Saya rasa jawapan2  pada persoalan di atas pasti memberi anda keyakinan utk memilih Joint Tablet ni.. Kebanyakan regular customer saya beli AJT ni utk dihadiahkan khas buat ibu bapa tersayang.a.. tapi tak kurang juga yg consume AJT ni utk diri sendiri termasuklah saya…

Jom sama-sama memelihara sendi supaya kuat,fleksibel dan bebas bengkak.







Yusni Hj Yusof
Shaklee Independent Distributor [ SID 953869 ]
#HP 012 6608037 | email : ashrin149@gmail.com

Produk ini adalah makanan tambahan dalam kehidupan seharian BUKAN mendiagnos, mencegah, merawat & menyembuhkan sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *